Monday, December 12, 2011

persoalan hati terjawap

semenjak tiada lagi outstation,rutin petang aku banyak di habiskan dengan beriadah..aku selalu tweet di twitter sebelum ini..kata aku "bila aku jogging dia mesti ada jogging sekali di situ".selama 6 bulan selalu teserempak dengan gadis jogging tu.kadang-kadang kami terlalu dekat.tapi aku lebih kenal siapa diri aku,sangat penakut untuk bertegur sapa.ape yang aku mampu hanya memandang.

sehinggalah pada suatu hari,aku rasa bodoh kalau tak tahu siapa dia.aku cuba-cuba cari di facebook.siapa sangka aku terjumpa dia di facebook dan bernasib baik request frenz diterima.di selidik jadi memang terbuktilah dia dah ade steady bf dan memang bakal nak bertunang suatu hari nanti.tapi dia ok sebab boleh di bawa bersembang.

selepas aku kenal dia di facebook,aku teserempak lagi dengan dia di tasik.tapi masih lagi ditahap tak berani nak bertegur sape..sehinggalah pada suatu hari tu teserempak sekali lagi dengan dia.dia menyapa aku "lama tak nampak?".hehe...baru 2 hari aku tak datang sebab hujan.dan itulah pertama kalinya aku sembang dengan dia.persoalan kenapa aku selalu  memandang dia  jujurnya memang ada sedikit rasa minat.aku suka gadis yang suka sukan.tapi bila dah tahu segalanya boleh la jadi sebagai kawan.persoalan hati terjawap.

Tuesday, December 6, 2011

kiamat!!!!

weekend 3/12/2011-4/12/2001 ..walaupun futsal cancle.sedikit rasa happy sebab chelsea menang dengan newcastle 3-0.aktiviti hari sabtu cuma melepak di rumah disiangnya dan pada malam melepak dirumah kawan aku bersama kawan-kawan yang lain sebagai tujuan nak tengok baby baru,sambil tengok produk kecantikan yang mereka jual.


hari ahadnya,alhamdulillah berkesempatan ke sungai buloh kenduri kahwin kawan masa di kolej.seorang kawan gila-gila aku dulu.dialah yang selalu teman aku pergi bershuffle kat club,kat party di kala gila enjoy dulu.yang banyak tolong aku masuk club free dulu.kata dia kalau tak pergi club dia takleh nak study,boleh kata hari-hari aku ikut dia.bagusnya dia ni dia juz pergi nk bershuffle sambil tengok-tengok orang.study boleh tahan pandai sampai ke sudan dia pernah bekerja.bagi aku dia kawan yang best sebab pengetahuan dia dan suka wat lawak.seronok kalau sembang dengan dia bab politik,hal dunia,hal agama memang dia hebat walaupun dia gila-gila.


kawan-kawan aku yang lain pangil dia "man kiamat".yang bestnya gelaran tu aku yang bagi.kenapa aku panggil dia "man kiamat"?sebabnya dulu dia suka sangat sebut kiamat.kalau dulu nak pegi club,dia takkan kata "jom pegi club!!!"tapi dia akan sebut "jom kiamat!!!".so umur makin lama makin meningkat.enjoy-enjoy pun dah lama ditinggalkan.hanya tinggal kenangan sahaja yang takkan dilupakan."SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAWAN AKU "MAN KIAMAT"..SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Thursday, November 24, 2011

lepas sorang lagi,tumpang happy


muka nampak penat.mana taknya lepak dengan kitaorang sampai pagi di kedai asam pedas

Tanggal 11-11-2011..sahabat baik ku nik izzuddin (melaka)selamat di ijab kabulkan bersama pasangannya salina(perak) di ipoh.aku tumpang gembira bila tengok kawan-kawan bahagia.aku tahu macam mana usaha kawan aku ni nak kahwin.so Alhamdulillah segalanya beroleh kejayaan.Selamat berumahtangga dan aku doakan mereka bahagia ke anak cucu.pasni takde la lagi nak tumpang aku balik raya,balik cuti..hehe

bersama kawan-kawan.ramai lagi yang ader tapi dah ramai yang balik.yang tak balik pun ada

pada tarikh 19-11-2011 merupakan hari yang dinantikan aku dan kawan-kawan .berlangsungnya kenduri nik izzuddin di melaka.kenduri yang amat meriah di penuhi dengan bekas kawan-kawan sekolah merangkap kawan baik sehingga sekarang itu sebenarnya yang bertambah lagi memeriahkan majlis ini bagi aku.

selama aku kenal si nik ni,first time tengok dia karaoke

kami membesar dalam suasana hidup yang sama mengikut peredaran zaman.melepak bersama,keluar bersama,bermain bersama,bersusah senang bersama.bermulalah kami dari zaman kami sebagai budak basikal seterusnya sebagai budak rempit,dan akhir sekali ke budak kereta.jadi sudah dapat bayangkan tahap mana mereka-mereka ini semua memahami.

kawan aku yang bersuara emas.slumber je lagu "jeritan batinku versi azlan"

bukan senang nak cari kawan baik,yang nak dengar ape yang kita cerita dan kita selesa nak dengar aper yang mereka mahu ceritakan.tidak akan terdetik rasa bosan walaupun sekadar hanya lepak minum.dalam hidup aku ni aku sangat banyak kawan datang dan pergi.aku tak kisah kalau kawan-kawan biasa yang datang dan pergi.tapi kalau kawan baik aku,memang boleh buat aku menangis.sebab itulah aku cuba untuk elak dari bergaduh dengan kawan baik.hargailah selagi ada.

         *******************************tak lupa juga***********************************


selamat pengantin baru kepada kawan sekolah rendah aku fuad.walaupun kejap je di kenduri tu,seronok juga jumpa kawan-kawan sekolah rendah dan temasuk cikgu-cikgu sekali.


Thursday, November 10, 2011

raya qurban di kampung

(kampungku)

salam aidiladha buat semua umat islam diseluruh dunia.raya qurban kali ini aku pulang ke kampung di perak dari shah alam.yang bestnya sebab nenek aku buat qurban.dan yang kurang best sebab family aku di melaka tak dapat balik kampung sebab ada masalah yang tidak dapat di elakkan.sudah tentu kalau raya benda paling aku mengidam sekali ketupat pulut  buatan nenek aku.

(ketupat pulut)

awal pagi raya hujan rintik-rintik.hujan rahmat sebagai tanda hari yang mulia buat umat islam.aku berbaju melayu berkain pelikat,pergi masjid awal kali ni memandangkan solat hari raya awal dan nenek aku pulak asyik bising aku suka pergi lambat.orang di masjid kurang ramai jika nak dibanding dengan hari raya aidilfitri.

(masjid di kampung)

selesai solat hari raya qurban balik rumah tukar seluar terus ke tempat penyembelihan lembu yang hendak di qurban kan



alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan daging qurban selesai diagihkan kepada orang kampung.pada malamnya nenek aku buat kenduri tahlil yang tak dirancang.plan dalam waktu tengahari macam tu.


alhamdulillah semuanya bejalan dengan lancar jugak.walaupun bulu tangan aku terbakar masa nak masak nasi sebab api menyambar haha.kenduri di kampung amat mudah,tak payah plan lama-lama.plan aritu aritu jugak setel.ramai orang datang membantu.petuanya jangan menyombong.


Thursday, November 3, 2011

cinta monyet

jika dikenang cinta monyet di zaman sekolah.pasti ia cukup manis buat yang pernah merasainya.ada yang kekal sehingga sekarang.ada yang hanya sekadar mainan.aku berasa terpanggil hari ini bagi mengenang kisah ini di form 2,form 3.untuk aku,aku tak merasa cinta monyet di zaman sekolah.apetah lagi dengan perangai aku ketika itu yang tak pedulikan perempuan atas dasar aku seorang yang pemalu.ader jugak beberapa gadis yang minat dengan aku,aku tak layan atas sebab aku jenis takder perasaan nak layan dan besifat pemalu berisi.

si A,seorang gadis  pandai berada di kelas pertama,seorang pengawas berwatak garang sentiasa bermain di hati aku dan pandangan aku.kian hari aku rasa nak dekat dengan dia.tapi aperkan daya aku hanya sekadar boleh mengagumi dari jauh.perangai aku,aku cepat down pasal bab ni dan selalu lebih berfikir negatif tentang ini.terlalu over merendah diri.aku akan rasa down dengan diri bila kena reject.

pada masa itu adelah zaman biadota.memandangkan tiada frenster,myspace dan facebook.jika nak berkenalan dengan seseorang mesti kita akan mintak biadota.berani ke aku mintak?sememangnya aku tak berani pun nak wat semua tu.akhirnya aku dapat biadota dia bantuan dari seorang sahabat.pada masa itu juga tiada hanset,jika nak berhubung semuanya kena guna telefon rumah.

sememangnya kerap bertelefon..semakin lama semakin suka kat dia ni..bayangkan lah,selama berhubung dengan dia dan beterus terang aku suka dia segalanya semua menggunakan suara kawan aku yang menyamar jadi aku.aku hanya duduk ditepi telefon mendengar aper diaorang sembang.kelemahan aku,aku orang yang gugup dengan benda macam ni,aku tidak pandai berbual dengan gadis yang aku suka,dan aku jadi takder ayat,apetah lagi kepala aku akan bermain benda negatif.


betapa bersungguhnya aku nak dia.time balik sekolah lepak kat depan untuk tengok dia balik,itu jelah yang mampu.aku pulak penakut nak tegur.aku dapat rasakan yang dia mesti pelik dalam telefon bukan main lagi.2 tahun lebih aku meroyan nak dia.serius,aku pernah wat solat hajat dan baca yasin untuk bagi dia suka aku.

tp,semakin hari aku jadi semakin renggang dengan dia.aku pulak dapat khabar angin yang ada lagi orang suka dia.mungkin jugak dia tak suka aku atas sebab aku ni penakut.hari kian berlalu tahun demi tahun,dia hanya tinggal nama dalam kepala aku,seorang gadis yang pernah aku bersungguh suka dia,selepas pertengahan form 4 masing-masing sudah wat hal sendiri.akhirnya pada awal tahun ini bertemu balik di facebook.berapa tahun dah tak berhubung rupanya bakal nak jadi doktor.banyak benda yang disembangkan.ayat dia "dulu u bukan main lagi suka kat i kan". gayanya macam single lagi.aku cuma potong ayat dia dengan kata-kata "kisah dulu jangan di kenang".

akhir kata,kawan-kawan aku sangat baik hati nak menolong aku walaupun dalam soal macam ni.dan aku percaya kepada tuhan.jika kita nak sumone kita kena mintak kat dia.sebabnya dia yang bagi cinta pada kita."cinta itu anugerah tuhan,perosaknya manusia sendiri".insyaallah nampak jalan. jangan jadi macam aku yang sangat penakut dan malas nak usaha.sekarang aku bukan lagi macam ni,tapi ader lagi sikit sikit kat diri.

Monday, October 31, 2011

pasar tani stadium shah alam

Semalam aku jejakkan kaki ke pasar tani stadium shah alam di hari ahad.biasanya aku lalu tengok je.1 tahun 6 bulan duduk shah alam ini baru pertama kali jejakkan kaki di situ.bagusnya pergi naik motor,pergi naik kereta macam cari pasal.jem abis kat dalam tu.

pic dari google

biasanya pergi pagi-pagi.aku plak boleh pegi pukul 11 pagi.pergh!!!!memang panas la rasanya.kalau hari hari pergi mau gelap.kedai pulak banyak,rambang mata sampai taktau nak beli aper.barang pun murah-murah dan ader benda yang teringin nak beli tapi tak terbeli.

nampaknya lepas ni kena pegi awal-awal pagi.satu lagi tempat yang aku teringin nak pergi adalah I-CITY.walaupun dekat dengan rumah.tak terlintas lagi nak pergi.

Monday, August 15, 2011

rasa geli

pic dari google

2 benda ni rasanya dah hampir 3 bulan aku tak sentuh.padahal ini benda yang aku selalu makan dan minum.tapi semenjak aku dengar ada maklumat yang kata sardin ni ader letak katak sebab nak pekatkan kuah dia manakala milo ini ada letak cacing aku terus rasa takut.

walaupun masih belum dapat dipastikan betul ke tak.dan aku pun tak yakin sangat betul ke tak.tapi disebabkan aku jadi geli dan teringat terus tak berani.diharap takderlah lagi maklumat-maklumat geli macam ni.

betul ker?diharap tidak

Tuesday, August 9, 2011

happy birthday dan terima kasih


9/08/2010-9/08/2011 ..buat kereta aku..selamat hari lahir yang pertama.jasamu aku kenang.kau bawak aku ke mana mana tempat yang agak jauh,membawa aku ke tempat kerja.kau juga bagi aku keselesaan untuk ke mana-mana,berteduh dari hujan dan panas.jangan wat hal !!!


tak lupa juga alang alang,buat motor aku..terima kasih atas jasa kau.dah bertahun tahun kau bersama sama aku semenjak aku di kolej lagi.macam macam tempat yang best dah kau bawak aku,tak kira jauh dekat.kau pun jangan wat hal!!!

Monday, August 8, 2011

penyakit ragu ragu

Bosan dengan penyakit ragu ragu dalam perihal macam ni.tapi kadangkala kena jugak ragu ragu.kenapa?sebab boleh buat double check


bila dah kunci kereta,dah kunci motor,dah kunci pintu rumah, selalu rasa ragu ragu dah kunci ke belum.kalau time ragu ragu tu berada di jarak yang dekat lagi takper.kena rumah tingkat  6 macam aku ni dengan takde lif.nak naik balik pegi check memang tension betul.kalau tak check perasaan risau pulak.so tepaksa la naik balik.sama la jugak dengan bab kunci kenderaan ni..dah jalan jauh baru terpikir dah kunci ke belum.kenalah patah balik wat double check.

jadi ada kebaikan dan keburukan penyakit ragu ragu dalam bab macam ni

Monday, July 25, 2011

kenangan mahkota parade

terlintas ketika lalu


orang yang dah duk lama melaka kalau tak kenal mahkota parade memang barai la kan.skang dah diubah suai..tu yang lawa semacam tu..bagi aku ini tempat legend.sejak skolah menengah aku datang tinggal di melaka.aku paham mahkota parade ini port lepak terbaik untuk geng geng mat motor dan bebudak underground..macam macam fesyen diperagakan oleh budak budak yang datang.zaman sekolah dulu.biasanya aku pegi mahkota aku bawak 10 ringgit je,tupun kumpul duit belanja sekolah.naik bas beb..bila dah form 5 baru lah nak merasa nek moto takpun menumpang naik kereta orang.

mahkota lama

teringat aku,fariz,arwah khalid dan napek kenangan di mahkota parade.deal satu tempat dalam 30 minit berpecah kena bawak seorang girl.game ni bagi aku memang gila.apatah lagi orang yang macam aku ni..takder tokoh nak ayat girl.kesudahan 30 minit yang berjaya hanyalah fariz dan arwah khalid sahaja.

tak lupa juga kenangan fariz nak kena pukul dengan budak underground sebab sembang dengan awek dorang.sembang je pun.padahal awek dorang tu kawan aku.puas mintak bertenang.tapi biasalah bebudak zaman muda hati panas asyik nak bertumbuk je jalan terakhir.jadi aper yang menarik akhirnya budak tu yang kena pukul balik dengan budak dia sendiri sebab terlalu mengada..

aku takkan lupa kenangan ini

Sunday, July 17, 2011

semoga mereka cepat jemu

malam semalam aku lepak dengan kengkawan...fariz dan isterinya shaggy juga amin..kami elak untuk bercakap tentang politik..cerita tentang politik sampai ke bila pun tak abis..dan tiada pengakhirannya buat masa ini.ditambah pulak dengan perbezaan fahaman ni..haha

bila dah abis lepak itupun sebab kedai nak tutup.aku pun ke ara damansara hantar si amin..dalam perjalanan pulang tu tetiba terdengar bunyi nyaring memotong aku..rupanya mat rempit tengah berlumba motor..gilalah siap superman laju betul..aku takut sebenarnya jadi aper aper kat dorang..sebab tak sanggup nak tengok.

kenangan di tingkatan 3 tak salah aku

di kenang kisah dulu dikala muda..aku juga seorang mat rempit.tinggal lagi aku bukanlah seorang rider yang power macam sesetengah orang..tak abis abis berpusingan town membuat gila sambil menyaksikan perlumbaan motor.eksoz motor bernyanyi nyaring di samping aksi aksi gila yg menakjubkan dikalangan mat rempit yang lain menggamatkan suasana..

tapi alhamdulillah aku cepat jemu dengan dunia ini..cuma aku terpikir mesti ramai gila orang menyumpah dan menyampah dengan mat rempit.seolah olah mintak doa supaya golongan ini terkena bala..bagi aku..jiwa muda jiwa panas ni memang susah dikekang..lagi di tekan lagi menjadi..ada orang kata mat rempit takder otak..aku kurang bersetuju..mat rempit bukan semua background teruk..banyak juga yang belajar pandai..aku tidak menyumpah dan mendoakan buruk pada golongan ni.cuma aku doakan mereka cepat jemu dan lebih cepat sedar akibatnya.."sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna"

Wednesday, June 22, 2011

berhenti merokok?rokok dah mahal

 
hebat betul !!!!!!!

aku orang yang hisap rokok ikut musim..berapa kali dah aku berhenti dan lepas tu hisap balik..dan akhir selepas raya tahun lepas (2010) aku berhenti sehingga sekarang.jadi..apekah kesannya? bila berhenti rokok badan akan bertambah naik sikit...sebabnya?selera makan akan bertambah bila berhenti merokok..merokok tu boleh membuat selera makan kita potong.disebabkan itulah aku kekadang bersukan dan kawal pemakanan untuk kawal berat badan aku.

rokok sekarang ni pun makin mahal.harga rokok skang lagi mahal dari makan aku sehari..kenapa tidak aku berhenti dan berjimat dengan benda yang tak berfaedah kan...kebiasaannya hidup aku untuk makan hanya habis rm 8 ke rm 10 je sehari..kecuali hari sabtu dan ahad sebab itu adalah hari harus makan best best sikit.

sebenarnya tidak mustahil pun aku akan merokok balik lepas ni..cuma harap harap boleh lah berhenti terus sampai mati.

Monday, June 6, 2011

setahun sudah

lambat post lagi sebab bukak blog asyik tak boleh..taktau la pasai apa...

1/6/2011 genap sudah setahun aku bekerja di company ini..banyak jugak lah dapat ilmu...terutamanya dari segi kematangan diri dan disiplin..walaupun rambut aku tak disiplin sangat..bos!!!terima kasih sebab amik aku bekerja..bos janji nak bagi bonus raya ni kan..yer ker bos ??? ye ker bos ????..bagi bos jangan tak bagi..ringan la sikit beban time raya tu...roadtax kereta pun dah nak mati ni..dekat dekat nak raya plak tu..


setahun tu kiranya setahun jagung lagi..banyak lagi yang kena belajar lagi..skang ni banyak tempat keje nak pengalaman..setakat setahun tu aku rasa company lain tak heran pun...cari kerja baru tetap juga cari..tapi aper aper pun kalau dapat tawaran baik kenapa mesti nak tolak..

akhir kata buat diri aku...semoga lebih semangat untuk majukan diri..

Friday, May 20, 2011

al-fatihah buat kawanku hakim ...(telordibasuh)..terkilan sampai lambat... tak sempat nak tengok jenazah

arwah  kawan aku masa diploma di unikl mfi..masa orientasi arwah satu group dengan aku..masa di rumah sewa kami jugak selalu berjumpa disebabkan rumah sewa arwah atas rumah sewa aku...bila arwah berpindah ke rumah sewa di tempat lain aku selalu jugak ke rumah arwah...sebabnya budak budak rumah arwah ader yang main band samer aku dulu masa di kolej..aku training main guitar..amik lagu baru semua di rumah sewa arwah.http://telordibasuh.blogspot.com/

arwah baju hijau terang (masa ni baru lepas battle of the band masa zaman diploma)


aku terkejut.masa waktu zuhur tu aku terbaca pasal arwah...aku macam tak percaya sangat mula mula,,tapi bila aku bukak facebook arwah..aku mula tergejut yang dia dah meninggal dunia...maybe semua dah tahu sebab dan musabab arwah pergi.

aku call kawan-kawan aku bagitahu dorang..rupanya diaorang pun tak tahu lagi..pukul 3 pm aku balik dari opiz dengan kelam kabut sebab nak pergi rumah arwah...dalam suasana kelam kabut tu mencari rumah arwah...dalam pukul 530 petang baru sampai..arwah tak dihantar kerumah pun..arwah terus dibawa ke masjid..aku agak rasa terkilan sebab tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir..masa aku sampai di masjid tu..arwah dah dikebumikan sudah separuh tanah..maksudnya aku lambat 10 minit..aku tak tahulah kenapa...bila aku kelam kabut je nak cepat..ader je kereta yang lembab wat hal nak halang aku...

alhamdulillah pengkebumian arwah berjalan dengan lancar..masa tu cuaca mendung sudah hampir nak hujan..tapi seolah olah hujan bersabar sekejap untuk turun..bila dah selesai semuanya baru hujan turun..aku dan kawan-kawan yang lain terus pergi ke rumah  family arwah.



aku bersembang dengan mak arwah...alhamdulillah la..bila mak arwah kata arwah tunjukkan tanda yang baik sebelum meninggal dunia..kata kata arwah pada mak arwah pun agak pelik sikit sebelum beberapa hari dia pergi..kata mak arwah lagi, dia jadi redha jika sudah tiba masa arwah bila tengok arwah semakin teruk..kawan kawan aku yang lain pun cakap sebelum 2 minggu arwah meninggal..arwah banyak contact ajak lepak...siap cakap dekat kawan aku sorang ni "kalau hujung bulan dah tak sempat dah nak jumpa aku"..nampaknya itu tanda arwah akan pergi selama lamanya..




pengakhirannya aku disana pada pukul 900 malam...sebelum tu aku lepak dulu di kedai makan depan umah arwah bersama kawan kawan satu rumah dengan arwah masa diploma dulu..kami bercerita lagi  pasal kenangan bersama arwah sebelum ni...

AL FATIHAH BUAT KAWAN KU HAKIM..SEMOGA ROH KAU DICUCURI RAHMAT..AMIN!!!


kata-kata terakhir mak dia pada kitaorang sebelum balik..

"DIA DAH SELAMAT DAH,SEKARANG NI TIBA MASA KITA PULAK UNTUK BERSEDIA"

Wednesday, May 4, 2011

menuju utara

penat pun tak hilang lagi ni..penat drive kot..hahaahha..ni pun lambat post gak ni...


hari sabtu  tarikh 30/04/2011 selepas subuh aku menuju ke utara @ kedah area jitra bersempena cuti agak panjang sikit je la pun berikutan cuti hari pekerja kan...dah lama tak ke sana sebenarnya...tiada perancangan pun sebenarnya nak ke sana..nak jadikan cerita sepupu aku ajak 2 hari sebelum tu sebab mak jang aku sakit..so aku on kan ajer...lagipun nenek aku pun ader disana...aku pun rindu kat nenek aku di tahap gila.



alhamdulillah sampai jugak hajat nak ke sana tengok mak jang aku yang sakit tu..yang best tu dapat tengok sawah padi menghijau...feel dia lain macam..gila jakun!!!!hari ahad sebab takder watper so aku bawak nenek aku ke padang besar..seronok tengok orang memborong barang-barang..aku pun cuma beli jersey je lah satu..tu jelah pun...blur!!!!taktau nak beli aper...nenek aku tak kurang hebat nya membeli..borong belacan  50 ringgit sebab nak bagi bagi kat orang kampung dan aderlah lagi yang nenek aku beli..aku pun taktau ape ke nama dia.



okey... tiba hari isnin ...tiba masanya untuk pulang ke shah alam..selasa pun kerja..sebelum tu aku singgah dulu di  perak..hantar nenek aku balik ke kampung sejati aku...tempat kelahiran aku..sempat lepak perak tu dalam 3 jam setengah je pun..sempat jugak jumpa kawan aku kat uitm seri iskandar jap..tak puas..ikutkan hati nak tidur sehari je kat kampung..boleh ke teluk batik ke lumut..tapi angan angan je lah..lain kali je la wei..



alhamdulillah dalam pukul 9 tu aku sampai ke shah alam..bergegas pergi salon rambut...skang rambut aku dah pendek..pelik tul muka aku..hahahahhaahahah...kesimpulannya..tak puas..aku sangat seronok selama aku berada disana..agak seronok juga dikelilingi dengan orang yang bercakap loghat utara ni..yang paling penting jumpa nenek aku tu..gila rindu kat nenek kesayangan aku yang bela aku dari aku bayi sehingga sekarang ni..aku dah kerja pun tetap jugak nak bagi duit belanja kat aku..malu aku..terpaksa tolak..

itu sahaja!!!!!macam rojak je cerita aku ni

Tuesday, May 3, 2011

hai steamboat

lambat nampaknya nak post haha..



hari khamis yang lalu bertarikh 28 haribulan 4. 2011..aku dah bebudak kerja ke flaming steamboat..sempena meraikan seorang kawan aku (syazwan) yang hendak bertukar kerja baru..so nak ucapkan selamat bekerja baru..aku pun tengah mencari kerja baru jugak skang ni..mana tau ader rezeki dapat better offer ke...boleh tingkatkan karier lagi ke..itu yang terbaik..



company ni best dari segi enviroment juga kawan kawan yang best..kalau suatu hari nanti aku dapat bertukar kerja baru ,benda yang paling berat nak berpisah sekali adalah berpisah dengan kengkawan kerja yang best...

syazwan


bukan senang nak cari kerja yang kita rasa happy nak bekerja..

Friday, April 22, 2011

cemas

hari khamis semalam adalah hari bermain badminton bersama kengkawan kerja..bermula dari pukul 5 petang sehingga 7 petang..suasana hujan lebat kilat sabung menyabung...guruh berdentum dentum..seram beb pintu dung dang dung dang tertutup bukak..

pukul 620 petang aku dan kengkawan di kejutkan dengan seorang teman kerja yang bernama husna yang tetiba rebah....tetiba dia kata sesak nafas...cemas sey...banyak dah kes tetiba sesak nafas meninggal dunia..hujan masih lebat bising bunyi hujan,so kena cakap kuat-kuat..kawan kawan lain cuba nak setelkan sendiri untuk bantu husna ni..tetapi makin teruk pulak..telinga dia dua-dua belah tak dengar.dada dia sakit.

pic sebulan lalu..yang baju ungu tu la husna..nak letak pic semalam tak boleh sebab dia tak bertudung sebab emergency..so nanti aibkan dia pulak..dia jenis orang yang bertudung


jadi..dengan kelam kabutnya angkat dia hantar ke klinik uitm.tak tahu macam mana suasana time dalam kereta tu..sebab guna kereta member aku..kata member aku...siap kena azan lagi..nak bagi dia cool...dada dia terlalu sakit

pukul 7 aku dan kengkawan kerja pergi ke klinik uitm tengok dia..huh..nasib la dia baik-baik sahaja...alhamdulillah..si husna ni rupanya tak boleh pressure sangat rupanya..mana taknya..dia main badminton sambil gelak mengila...

tembam gila anak kakak HR..time ni husna kat dalam.

kata dia..time dia tengah main tu dia nampak benda ghaib melintas depan dia dengan lajunya..then pastu dia terus lemah then sesak nafas...time tu pulak hujan sangatlah lebat suasana gelap dah agak meyeramkan

tapi serius ke kata dia tu?aduhhh....

Sunday, March 27, 2011

broga hill


aktiviti semalam..3 pagi  bangun dari tido...bersiap nak ke broga hill..singgah dulu di klang berkumpul orang...katanya 11 orang yang pergi..bila dikumpul rupanya 18 orang di tambah dengan kawan aku yang tunggu di sana 2 orang..cukuplah 20 orang..memang best naik ramai-ramai.pukul 6 pagi lebih kurang tiba disana.kami semua mendaki lebih kurang pukul 630 pagi selepas selesainya menunaikan solat subuh..aku mendaki di dalam keadaan kaki kiri aku bengkak..tapi sebab dah berjanji dengan kawan-kawan aku turutkan jugak..lagi pun benda yang aku minat..takkan nak tolak kan.aper-aper pun aku rasa happy dan enjoy dengan aktiviti ini.sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan.