Tuesday, November 27, 2012

aktiviti 10 muharram


sabtu tempoh hari ku meluangkan masa ke kenduri kahwin kakak kawanku di kuang,sungai buloh.merupakan seorang kawan serumah,sekelas ketika di kolej dulu yang sangat banyak membantu ku.oleh kerana ketika itu 10 muharram ku puasa,maka memang niat ku datang hendak meraikan pengantin sahaja,juga kawan ku yang baju hijau tu pun dah tak lama nak training bomba 6 bulan.

kali terakhir ku datang ke rumahnya ketika kenduri adik perempuannya 5 tahun lalu.tahun 2007.apa yang menyedihkan ketika itu selepas habis kenduri,khemah pun belum buka lagi,hari esoknya mak dia meninggal, takda tanda-tanda sebab nampak sihat.apatah lagi ketika itu final exam.berat dugaannya.Allah lebih mengetahui.

lepak dengan mereka ni,yang bestnya akan bercerita hal hal semasa luar dan dalam negara.untung sembang dengan orang rajin membaca  dan mengikuti hal semasa ni.dapat ilmu tambahan.doaku buat kawan-kawan semua semoga anda gembira selalu.

Thursday, November 22, 2012

ini masanya


maka bermulalah semalam kursus smart tajwid al-quran intensif di masjid negeri shah alam.sepatutnya hari isnin tapi disebabkan ustaz demam ditunda hari rabu.kata ustaz,akan mengambil masa selama 2 bulan setiap isnin dan rabu selepas isyak.tak sangka lah pulak katanya akan mendapat sijil.dan sijil ini boleh diguna sebagai sokongan jika ada sesiapa yang berminat nak mohon tauliah mengajar mengaji di selangor.

tapi tujuan ku sertai ini bukanlah sampai nak jadi guru ajar mengaji.jauh sangat ke situ.hanya untuk mempelajari semula ilmu tajwid sebab dah lupa sangat dah.dulu masa kecik kecik di sekolah agama petang ada belajar boleh tahan detail,apatah lagi ku pernah menjadi wakil tilawah al-quran masa zaman sekolah rendah dulu,bab tajwid memang dulu ku beri penekanan.tapi tulah bila dah semakin besar buat benda benda mengarut,maka hati jadi gelap lupalah segalanya.oleh yang demikian,Alhamdulillah ku memang suka mengaji,tapi bab keyakinan kat tajwid tu kurang lagi.maka haruslah mengambil jalan untuk mempelajari semula dan inilah peluang terbaik nak sertai.pesan ustaz

"jadikanlah al-quran sebagai rakan,baca dengan kasih sayang"


Seperti kita tahu,Al-quran merupakan mukjizat yang sangat agung dari Allah,malaikat jibrail menjadi orang perantaraan menyampaikan pada nabi kita yang teramat mulia Nabi Muhammad S,A,W.maka,harus baca bagi cantik cantik dan kemas tajwidnya tanda kita mengabdikan diri pada Allah.Rajin baca al-quran nanti al-quran akan menjadi pembela seseorang di hari akhirat kelak.Wallahualam...akhir kata

"Ala bizikrillahi tatmainnal qulub"

"Ingatlah, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."(ar rad 28)

Saturday, November 17, 2012

"perubahan"shah alam

kini sudah pun masuk ke tahun baru hijrah 1434.Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada ku untuk hidup lagi di muka bumi ini.bila masuk je tahun baru orang akan memasang azam.kali ni ku cuma berazam nak jadi yang lebih baik dari sekarang.hijrah itu merupakan perubahan.perubahan dari kurang baik ke lebih baik.ada juga orang berhijrah dari baik ke jahat.hijrah jugak ni tapi hijrah masuk air namanya.ini aku kata kat diri sendiri,tidak ada kena mengena dengan siapa siapa.sebab ini terjadi padaku 5 tahun lalu.



ku anggap perubahan yang terbaik dalam hidup ku ketika ku berpindah ke shah alam.shah alam itu bagi ku "perubahan".memulakan hidup disini,ini lah titik tolak permulaan yang menuju ke baik dan baik dan nak baik lagi InsyaAllah.adakalanya hendak tergelincir tapi mudah bangun balik.pejam celik pejam celik hampir 2 tahun lebih dah aku berada disini.

kenangan yang lalu tetap kenangan,memang tidak boleh nak dilupa.kata ibnu mussal "jangan suruh orang tu lupakan kenangan,tapi nasihatnya jangan tenggelam dengan kenangan itu"..aku nasihat diri aku sendiri supaya jangan di ingat ingat lagi kenangan yang lalu dan tetapkan hati menuju ke tujuan utama.aku datang dari keturunan baik baik.didikan agama yang dapat baik baik belaka.mendapat orang yang bertanggungjawab dalam mendidik aku.makanya yang buruk tu sememanglah aku yang cari sendiri bukanlah sebab tak di didik.

tasik 2 shah alam alam *ambil ketika berjogging

shah alam ku sayang sangat shah alam,tempat yang buat aku suka duduk rumah,tempat yang aku suka buat benda berfaedah,pergi tempat yang berfaedah.beruntung duduk dengan kawan rumah yang baik baik.yang sporting.yang cerdik dalam percakapan yang tidak lupa Allah.andai suatu hari nanti ku mengangkat kaki tinggalkan shah alam.Allahuakbar pasti rasa berat sangat nak pergi dari sini,dengan persekitarannya yang best,tempat yang banyak majlis ilmunya,tempat yang masjidnya sangat makmur.sampai banyak kali terdetik dalam hati.kan best jika dapat jodoh orang shah alam.hahahha

*Ya Allah tetapkanlah hatiku untukmu sampai akhir hayat ku

Monday, November 12, 2012

Saper taknak kahwin


selesai dah kursus kahwin ku bermula dari 10 nov 2012-11 nov 2012.ku ambil di JAIS.memang terbaik penceramahnya,kompom tak ngantuk kecuali kalau memang kita perangai suka tidur,maka dapatlah sijil dan dapat ilmu.itu yang penting tu.bila sertai kursus ni berkobar rasa hendak kahwin.haha

oleh kerana kursus tajuknya kawin.semua ingat aku dah nak kahwin.tapi memang kebanyakan datang berpasangan dan memang dah hendak berkahwin.aku lain sikit,aku datang seorang diri dan memang nak kahwin cuma tiada pasangan.tapi kat dalam tu wat wat macam ade pasangan konon macam hendak kahwin jugaklah kononnya.haha

cerita bab kahwin ni,saperlah taknak kahwin kan..serius aku memang hendak kahwin.tapi belum ada rezeki lagi.jodoh belum sampai.tapi Alhamdulillah aku redha dan aku akan teruskan usaha.kerana Allah kerana Allah kerana Allah..amin !!!!

*"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami imam kepada orang yang bertakwa" (Surah Al-Furqon ayat 74)



Sunday, November 4, 2012

kerana Allah


Alhamdulillah,hari ni dapat meluangkan masa ke kursus pengurusan jenazah,dengan niat kerana Allah S.W.T.ingin mempelajari ilmu Allah yang amat luas kerna diri ini amat jahil disamping membantu keluarga dan saudara saudara sesama islam InsyaAllah.

*ingat mati satu tuntutan

Tuesday, October 30, 2012

hari raya haji 2012

Alhamdulillah,bermakna sangat raya haji kali ni.seperti biasa balik beraya di kampung halaman di perak bersama nenek termasuk juga keluarga ku yang lain.

syukur dapat masuk satu bahagian dalam ibadah korban,InsyaAllah jika diberikan rezeki lebih lagi ditahun depan,boleh lah nak dibuat lagi atas usaha sendiri.

syukur dapat masa bawak nenek aku ke cameron highland yang memang dia dah lama berhajat dari dulu nak ke sana.

*Ya allah berikanlah aku kepahaman tentang islam,jadikanlah aku orang yang beramal dengan islam Ya Allah,Jadikanlah aku orang kaya yang beriman Ya Allah,bukan hanya sekadar harta,tapi kaya dalam membesarkan mu Ya Allah,kaya dalam mentaati ajaran mu Ya Allah,Kaya dalam mensyukuri nikmatmu Ya Allah.sesungguhnya kaulah maha pengasih dan maha penyanyang.

Sunday, October 21, 2012

menarik


lukisan dari teman opiz..

sebagai pembuka atau permulaan kata sebab dah dah lama tak update

Friday, June 1, 2012

2 tahun sudah

Alhamdulillah,genap sudah 2 tahun aku bekerja disini AAMC.aku ingin mengucapkan terima kasih kerana membantuku menambah rezeki.takderlah banyak dapatlah sikit sikit pengalaman yang bernilai bekerja disini.harapan aku,semoga aku mendapat kerja baru.mencuba persekitaran baru.menambah pengalaman di tempat baru.dapat bekerja baru di Melaka pun ok

Sunday, March 11, 2012

hari bersejarah dalam hidup

tanggal 10 aribulan 3 2012...kenangan yang tidak akan dilupakan kerana kali pertama terjadi dalam hidup bersama kawan-kawan..

kami pergi kenduri kahwin..tapi bila sampai di dewan tiada orang...kosong!!!!.rupa-rupanya kenduri minggu lepas...

pengajarannya..bila orang bagi card kahwin harus baca bebetul..nasib baik masa tu takder kenduri orang lain kat dewan tu..kalau tidak termakan kenduri kahwin orang lain

Friday, January 20, 2012

kenapa aku mesti kena jelez?

kebiasaannya,gadis yang selalu menjadi pandangan aku di tempat jogging akan selalu ada pada setiap hari.tetapi sejak dua menjak ini,gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.berkemungkinan kesibukan bekerja membuat gadis itu tidak sempat berkunjung ke situ pada setiap petang.

sehinggalah pada petang semalam gadis itu muncul seorang diri,ketika itu aku baru sahaja menghabiskan 1 pusingan,aku hanya memandang dalam diam-diam.hendak pergi bertanya tu memang jauhlah dari pemikiran aku kerana aku mempunyai sifat segan yang agak menebal dalam diri.aku meneruskan aktiviti.

sehinggalah ketika aku mahu menghabiskan pusingan ke-2.aku ternampak gadis itu bersama teman lelakinya.tiba-tiba sahaja aku terus alami perubahan.kenapa tetiba hati aku rasa jelez?..kenapa mesti ini berlaku..aku yang pada mulanya ingin berhenti di pusingan ke-2 mengambil keputusan menambah 1 lagi pusingan.dengan perasaan hati yang terlalu geram bersama alunan music di telinga yang menekan lagi jiwa aku, jogging aku menjadi agak laju sehinggalah ketika aku menghabiskan pusingan ke 3.gadis itu sudah  tiada lagi.

*moral dari kisah ini..jika perasaan geram tiba-tiba muncul dalam diri, hilangkanlah geram itu dengan benda yang lebih berfaedah.jangan buat benda yang merapu-rapu.

Tuesday, January 17, 2012

lagi dan lagi dan lagi

sememangnya jogging merupakan rutin harian aku kebiasaannya.buat kali yang keberapa kalinya,aku membeli lagi earphone untuk jogging.asyik-asyik nak rosak.itu tercabut ini tak dengar.berkemungkinan disebabkan kena peluh yang terlalu banyak.music merupakan salah satu bantuan buat aku untuk jogging.otak menjadi leka penat pun kurang terfikir.ada juga beberapa kali aku cuba untuk jogging tidak menggunakan music.namun begitu,sememangnya tak boleh pergi jauh langsung.rasanya ramai juga orang yang berfikiran sama seperti aku.untuk kali ini aku beli earphone sonic gear.jadi tengok sahajalah berapa lama ia boleh tahan.