Monday, January 30, 2012

terima kasih,macam tak percaya

ketika cuti raya cina aku pulang ke melaka,kereta aku seperti ada masalah.perjalanan kereta agak tidak stabil.seorang kawan kata tayar kereta aku dah lebam.aku sedar masalah itu,cuma aku seperti rasa boleh relax dalam sebulan dua lagi.setelah habis cuti raya cina aku pun pulanglah ke shah alam,ketika dalam perjalanan itu apa yang aku dapat rasakan tayar kereta makin lama makin tak boleh nak handle dah.kata hati aku,"macam mana nak pergi pahang 3 feb nanti,nak bawak nenek aku plak tu"


sampai je shah alam,aku dalam keadaan kepala pening terus hubungi emak aku sebab nak pinjam duit tukar tayar.gaji pun tak masuk lagi ketika itu.aku segan nak mintak,maka adik akulah aku jadikan perantaraan.tiba-tiba terus mak aku call,segan nak angkat tapi terpaksa jugak angkat.mak aku suruh balik melaka cuti minggu pada 28 jan dan 29 jan 2012.sebab ayah aku nak belanja tukarkan tayar baru siap dengan sportrim baru kalau nak.saper taknak,mula-mula nak pinjam sekali dapat lebih dari tu.lega rasa hati.

sekarang,segalanya dah setel,benda yang diinginkan dah ditukar,so legalah sikit rasa hati nak ke pahang 3 feb nanti.Syukur pada tuhan,bila tengok balik tayar tu dah botak teruk di sebelah tepi bahagian dalam siap dah berdawai dan memang tunggu masa nak pecah,serius bahaya.sampai bapak aku kata "hang ni bahaya betul la".Sebenarnya aku tak perasaan sangat sebab dari luar tengok tayar macam ok.

*kepada family aku terima kasih banyak-banyak sebab sayang aku.ini adalah satu benda yang menggembirakan aku ketika balik sana tempoh hari,juga tidak lupa satu lagi dapat lepak dengan seorang gadis yang sangat cantik,comel,sangat cool,sangat kelakar.macam tak percaya dia nak lepak dengan budak comot macam aku ni.walaupun dia sudah ader bf,tapi takdehallah yang penting dapat kawan pun dah kira terbaik.

Wednesday, January 25, 2012

anda semua sangat seronok


mereka adalah kawan ketika sekolah rendah.bertemu kembali pada tahun 2010 atas jasa facebook.setelah berbelas tahun tanpa sebarang berita,tidaklah menyangka pertemuan bersama mereka berlaku ketika umur sudah menjangkau 25 tahun.bertemu muka dengan mereka ketika bulan puasa 2010 yang merupakan reunion pertama.dan permulaan itulah membuatkan aku dan mereka semakin lama semakin mengenal semula.

jujurnya,mereka ini sangat seronok.tiada istilah bosan bila bersama-sama mereka.sebenarnya aku pun tak jangka mereka ini sangat seronok sekali walaupun dah lama berpisah tanpa tahu bagaimana perangai mereka sebenarnya.memang masuk kepala.hati selalu berkata,kenapa pertemuan ini tidak berlaku lebih awal lagi.
jika tidak mungkin macam-macam aktiviti lagi yang boleh dibuat.

dalam 2 tahun mengenali mereka ini semula,sorang-sorang melangkah ke alam perkahwinan,dan alhamdulillah ada beberapa majlis yang aku dapat datang.dan yang paling terbaru sekali kawan aku yang bernama shamira selamat diijabkabulkan pada tarikh 21/01/2012 sempena harijadi beliau juga.majlis kenduri pada tarikh 22/01/2012/.paling menarik sekali,aku dan kawan-kawan dapat join photoshoot beliau di tempat tempat yang menarik sampailah ke tengah malam.lagipun photografer pun kawan jugak,jadi tiada masalah sebab sambil-sambil tu boleh berjalan-jalan sekali.serius ini sangat enjoy dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.





selamat pengantin baru buat shamira dan fariz...semoga kekal sehingga anak cucu.sebagai kawan yang setia sentiasa mendoakan kebahagian anda dan juga kawan-kawan yang lain.


"kepada kawan-kawan semua,serius anda semua sangat best,tahun 2010 kita bertemu semula,reunion pertama di macdonald,reunion kedua pulak di kfc.kenapa asyik fast food?mcm reunion kanak-kanak..hahaha,,,diharap tahun depan ikan bakar..coconut shake selalu pun takpe"

Saturday, January 21, 2012

aku anak derhaka

hari ini,aku bersarapankan nugget dan kentang goreng.emak aku ni pun,makanan ini di shah alam pun boleh makan.buat la sarapan lain dari yang lain sempena anakmu pulang ke sini.*ini adalah ayat orang yang sedikit kurang bersyukur*.mak ayah aku sibuk sebenarnya,nak bawak adik aku ke hospital pantai buat check up.

rupa-rupanya family aku ke genting highland besok hari.jadi,boleh la lepak sembang-sembang lagi dengan mereka.sebenarnya dua tiga tahun yang lalu aku ni bukan lah jenis menghargai family aku sangat.anak derhaka gelaran yang lebih sesuai buat aku,asyik nak berlawan kata mereka,tak pernah lekat di rumah.tidak pandai menghormati mereka.kesabaran mereka terhadap aku terlalu kuat pada masa itu.

alhamdulillah,semakin lama aku makin sedar.perasaan sedar tu semakin hari semakin kuat.betapa mereka ini terlalu berharga buat aku.bila balik sini.hendak keluar pun sudah jadi malas.duduk dirumah lagi lebih seronok walaupun kadang-kadang tidak tahu hendak membuat apa.keluar pun kalau boleh hendak selalu keluar bersama mereka..apabila melihat mereka,terlupa masalah yang ada,rasa tenang jiwa ini.emak dan ayah,ampunkanlah dosa aku yang lalu,kerana anakmu ini bodoh sangat-sangat di masa lalu.kadang-kadang terlintas juga fikiran ini rasa macam tak payah lah pikir kawin lagi walaupun dah berumur 27 tahun sekarang.rasa macam tak puas lagi bersama family.