Tuesday, November 27, 2012

aktiviti 10 muharram


sabtu tempoh hari ku meluangkan masa ke kenduri kahwin kakak kawanku di kuang,sungai buloh.merupakan seorang kawan serumah,sekelas ketika di kolej dulu yang sangat banyak membantu ku.oleh kerana ketika itu 10 muharram ku puasa,maka memang niat ku datang hendak meraikan pengantin sahaja,juga kawan ku yang baju hijau tu pun dah tak lama nak training bomba 6 bulan.

kali terakhir ku datang ke rumahnya ketika kenduri adik perempuannya 5 tahun lalu.tahun 2007.apa yang menyedihkan ketika itu selepas habis kenduri,khemah pun belum buka lagi,hari esoknya mak dia meninggal, takda tanda-tanda sebab nampak sihat.apatah lagi ketika itu final exam.berat dugaannya.Allah lebih mengetahui.

lepak dengan mereka ni,yang bestnya akan bercerita hal hal semasa luar dan dalam negara.untung sembang dengan orang rajin membaca  dan mengikuti hal semasa ni.dapat ilmu tambahan.doaku buat kawan-kawan semua semoga anda gembira selalu.