Wednesday, October 20, 2010

boleh diguna pakai tak ni?

seperti yang kita tahu..magnet mempunyai charge negative dan juga positif. untuk menyatukannya mesti kita perlukan magnet bercharge negative dan positif.jika chargenya positif ke positif atau negative ke negative ia tidak akan bersatu

nak di pendekkan cerita

positif =boy yang agak menarik/girl yang agak menarik

negative =boy yang biasa-biasa/girl yang biasa-biasa

so,bila positif bertemu positif ...begitu juga negative dan negative..ia tidak akan bersatu..boleh digunakan dalam perhubungan percintaan manusia di masa ini..berpandukan aper yang di tengok selama ni..bukan semua tapi kebanyakannya..yang aku tgk banyak kekal lama ada golongan yang salah seorangnya bercharge positif dan seorang lagi bercharge negative...



negative ke negative ni maybe tak banyak..macam mana pulak dengan positif ke positif?

ader yang setuju?

ni bukan fakta..ni hanya kata-kata kosong...hahahahahha..jgn amik serius k

so u all bercharge yang mana satu?

aku bercharge negative...:)

Friday, June 4, 2010

funny la u

massage dari nombor yang tak dikenali..

dia-"salam normah,how are you?i saw u today after long time"


i reply-"sory,wrong number"

dia-"thank very much for ur reply,not wrong number.this is depend on luck"

i reply-"funny la u"

dia-"yap.this is true and somebody have desire for someone.but cant.i am going back after 2 weeks.i want small meeting u if u agree.example dinner or lunch.


i reply-"sory im boy"

dia-"ok..i am girl..hehe..


i reply-"ouh ok2..bubye"


dia-"not ok..terima kasih..selamat tinggal"


i reply-"k"

aku tak tahu orang ni salah nombor ker..atau ader orang yang nak main-main ker..aku malas nak pikir.

cuma...

aku tersenyum dan ketawa..bila aku terkenang balik kisah 6 bulan yang lalu..lebih kurang macam inilah cara ex aku buat time nak kawan dengan aku dulu..memang ini bukan dia..sebab aku kenal msg dia macam mana..cuma..benda ni wat aku teringat kisah dulu..

Sunday, May 30, 2010

baru panas dunia!!!!

plan aku di hari sabtu ini hanya mahu melepak dirumah membasuh baju.walaupun aku tahu ader reunion untuk sekolah aku di pd dan juga jemputan kenduri kahwin kawan kolej aku dulu siti rodziah yang berlangsung di perak.reunion tu confirm aku tak pergi..tapi kata diaorang akan dibuat lagi nanti.so aku tolak tepi dulu..tak terdaya aku nak pergi disebabkan masalah duit.aku cuma ada rm 5 ringgit sahaja buat masa ini.gaji pulak bulan lagi satu baru dapat disebabkan bulan sebelum ini aku masuk kerja dalam 20 haribulan 5 macam tu.so aku tak terpikir pun nak pergi mana-mana minggu ni.nak mintak family aku rasa segan yang amat sangat. business internet pulak aku sudah kurang buat.nak ader duit sikit pun kena tunggu lagi 2 3 hari lagi.

selamat pengantin baru odie


so.nak dijadikan ceritanya..myfrenz sama  kolej dengan aku dulu merangkap exhousemate call aku.ajak aku pergi kenduri di perak tu.aku berat nak pergi.

my frenz-"apiz jom pergi kenduri rumah siti kat perak"


aku-"aku takleh pergi la,sebab aku takder duit ni.ader rm 5 ringgit jer.ko sampaikan salam aku boleh?"


my frenz-"alah,jom jer lah,no hal la.kitaorang paham kau baru kerja mana nak datang duit lagi.kau ikut jer tak payah keluar aper-aper.bawak diri semua ditanggung..ko siap nanti kitaorang sampai"

aku menganguk setuju.aku bergerak kesana dalam pukul satu macam tu seramai 4 orang satu kereta.kendurinya di area sungai klah perak.sampai jer kenduri orang pun dah takder..kenduri dah abis.datang lewat rupanya.nasib ader makanan lagi.



then selepas kenduri,kawan aku ajak pergi hot spring sungai klah..katanya nak mandi air panas..kami meluru ke sana dengan jayanya..dengan tak bawak seluar semua.nak beli seluar kat tempat tu dah tutup pulak.terpaksa pinjam seluar kat tuan rumah kenduri tadi.agak kelakar..aku pulak mandi pakai boxer jer...sib baik aku ader bawak baju lebih.pada mulanya nak beli tiket dia taknak jual sebab hari hujan ader guruh dah kilat.rasa sangat kecewa..kami berpatah balik.tetiba hujan berenti kami patah balik kesana balik.kali ni baru dia jual.rasa seronok juga sebab dah lama tak mandi air panas.last pun aku mandi air panas di gadek melaka dengan ex aku dulu di bulan 11 tahun lepas.

ader sorang kawan aku ni..dah la dia yang ajak mandi air panas..tapi takut nak ke tengah..takut nak rasa panas.letih kitaorang ajak..lama betul nak pujuk dia datang ke tengah.

aku jerit kuat-kuat kat situ sampai semua orang disekeliling tengok aku tergelak..

"wei..sini lah..baru panas dunia!!!!!!!!!!!" barulah dia nak datang..aper la punya budak..dia malu rasanya sebab orang dah tengok dia..haishhhh!!!!


aku tiba di shah alam kul 1230 malam.sempat lagi lepak kat warung felda sungai klah tu tadi tu yang lambat sampai..sedap juga kueh teow goreng kedai tu.punya la lama lepak situ.macam-macam cerita keluar.siap ada yang suruh aku kahwin pun ader.aper kejadahnya lah.

demikianlah kisah ku di hari ini yang agak ringkas....

to all kawan-kawan..terima kasih sebab mengambil berat pasal aku..telinga aku dah ok dah..baru ok dari pekak..tidaknya telinga aku pekak sebelah..doakan u all semua happy selalu.

Wednesday, April 7, 2010

akademi fantasia..apekah?

cuba kita bawak sedikit iman kita bila kita layan akademi fantasia..aperkah yang korang rasa dan aper yang korang pikir?

(pic dari google)

akademi fantasia

-ramai orang yang berminat berebut pergi uji bakat sebab nak terpilih untuk akademi fantasia..dan yang terpilih hanya orang tertentu sahaja..apabila mereka terpilih mereka akan diletakkan di satu akademi untuk di asah bakat mereka.kemudian yang berhak singkirkan mereka adalah di tangan pengundi..apabila mereka di singkirkan..beg di berikan..dan diusung keluar..menangis air mata kerana perpisahan.kemudian mereka yang terkeluar itu akan menempuhi alam yang baru..sudah tidak lagi berada di akademi.segala pembelajaran mereka yang di ajar di akademi tu lah sebagai panduan dan pengalaman untuk mereka menjadi artis..ada yang berjaya dan ada yang diam begitu saja..

cuba kita bawak sedikit iman kita..adakah sama sepeti lumrah hidup kita?


(pic dari google)

-berjuta-juta sperma berebut-rebut masuk..yang berjaya hanyalah kita.kita adalah orang yang terpilih yang ditentukan oleh allah untuk lahir ke dunia ini..kemudian dunia yang fana inilah akademi kita.tempat kita mengasah ilmu..mencari pahala..menempuhi segala dugaan.kuasa penyingkiran terletak ditangan allah..apabila allah tentukan kita adalah orangnya.kita akan tinggalkan akademi dunia ini.beg diusung di ibaratkan orang mengusung keranda kita untuk pengkebumian..menangis sanak saudara kita..mengenangkan perpisahan ini..beradalah kita di alam kubur.alam yang berbeza..merupakan alam sementara kita sebelum tibanya hari kiamat..segala amal yang dilakukan di dunialah yang aku katakan akademi itulah sebagai batu pengukur kita sejauh mana ketenangan kita berada di alam yang baru itu iaitu alam kubur,buruk kita dapat juga.jika baik kita dapat juga..subhanallah.itulah yang aku selalu pikirkan apabila aku tengok akademi fantasia

Monday, February 22, 2010

kerana lighter...

cantik tak ligter ni?kalau kat kedai maybe rm 1.50 sen jer kot harga dia..

 satu kisah ni..time tu aku aku baru abis spm,masih lagi berjiwa rempit masa ni..
.aku pernah saksikan pergaduhan antara kampung lain dengan kampung lain kerana lighter kena curi..pergaduhan kalau kecik takper..boleh tahan jugak besarnya..siap semua pegang kayu dengan helmet..pikir-pikir balik macam sengal jer..duit minyak pegi merempit lagi mahal dari nak beli lighter.

so.tak mustahil lah ..kalau sekarang ni hutang rm 2.00 pun leh jadi gaduh yang dasyat..harga ligther ni kalau kat kedai baru berapa jer kan..sebenarnya gejala hilang ligther or curi ligther orang ni memang selalu terjadi kat student-student atau golongan bujang yang merokok..kawan-kawan aku yang merokok pun memang selalu asyik duk hilang lighter..susah nak stay lama..suka sangat hilang..

so..kesimpulan dia,,jangan la mencuri..mencuri kan berdosa,,beli jer sorang satu..jaga leklok..hoho