Friday, June 4, 2010

funny la u

massage dari nombor yang tak dikenali..

dia-"salam normah,how are you?i saw u today after long time"


i reply-"sory,wrong number"

dia-"thank very much for ur reply,not wrong number.this is depend on luck"

i reply-"funny la u"

dia-"yap.this is true and somebody have desire for someone.but cant.i am going back after 2 weeks.i want small meeting u if u agree.example dinner or lunch.


i reply-"sory im boy"

dia-"ok..i am girl..hehe..


i reply-"ouh ok2..bubye"


dia-"not ok..terima kasih..selamat tinggal"


i reply-"k"

aku tak tahu orang ni salah nombor ker..atau ader orang yang nak main-main ker..aku malas nak pikir.

cuma...

aku tersenyum dan ketawa..bila aku terkenang balik kisah 6 bulan yang lalu..lebih kurang macam inilah cara ex aku buat time nak kawan dengan aku dulu..memang ini bukan dia..sebab aku kenal msg dia macam mana..cuma..benda ni wat aku teringat kisah dulu..

Sunday, May 30, 2010

baru panas dunia!!!!

plan aku di hari sabtu ini hanya mahu melepak dirumah membasuh baju.walaupun aku tahu ader reunion untuk sekolah aku di pd dan juga jemputan kenduri kahwin kawan kolej aku dulu siti rodziah yang berlangsung di perak.reunion tu confirm aku tak pergi..tapi kata diaorang akan dibuat lagi nanti.so aku tolak tepi dulu..tak terdaya aku nak pergi disebabkan masalah duit.aku cuma ada rm 5 ringgit sahaja buat masa ini.gaji pulak bulan lagi satu baru dapat disebabkan bulan sebelum ini aku masuk kerja dalam 20 haribulan 5 macam tu.so aku tak terpikir pun nak pergi mana-mana minggu ni.nak mintak family aku rasa segan yang amat sangat. business internet pulak aku sudah kurang buat.nak ader duit sikit pun kena tunggu lagi 2 3 hari lagi.

selamat pengantin baru odie


so.nak dijadikan ceritanya..myfrenz sama  kolej dengan aku dulu merangkap exhousemate call aku.ajak aku pergi kenduri di perak tu.aku berat nak pergi.

my frenz-"apiz jom pergi kenduri rumah siti kat perak"


aku-"aku takleh pergi la,sebab aku takder duit ni.ader rm 5 ringgit jer.ko sampaikan salam aku boleh?"


my frenz-"alah,jom jer lah,no hal la.kitaorang paham kau baru kerja mana nak datang duit lagi.kau ikut jer tak payah keluar aper-aper.bawak diri semua ditanggung..ko siap nanti kitaorang sampai"

aku menganguk setuju.aku bergerak kesana dalam pukul satu macam tu seramai 4 orang satu kereta.kendurinya di area sungai klah perak.sampai jer kenduri orang pun dah takder..kenduri dah abis.datang lewat rupanya.nasib ader makanan lagi.



then selepas kenduri,kawan aku ajak pergi hot spring sungai klah..katanya nak mandi air panas..kami meluru ke sana dengan jayanya..dengan tak bawak seluar semua.nak beli seluar kat tempat tu dah tutup pulak.terpaksa pinjam seluar kat tuan rumah kenduri tadi.agak kelakar..aku pulak mandi pakai boxer jer...sib baik aku ader bawak baju lebih.pada mulanya nak beli tiket dia taknak jual sebab hari hujan ader guruh dah kilat.rasa sangat kecewa..kami berpatah balik.tetiba hujan berenti kami patah balik kesana balik.kali ni baru dia jual.rasa seronok juga sebab dah lama tak mandi air panas.last pun aku mandi air panas di gadek melaka dengan ex aku dulu di bulan 11 tahun lepas.

ader sorang kawan aku ni..dah la dia yang ajak mandi air panas..tapi takut nak ke tengah..takut nak rasa panas.letih kitaorang ajak..lama betul nak pujuk dia datang ke tengah.

aku jerit kuat-kuat kat situ sampai semua orang disekeliling tengok aku tergelak..

"wei..sini lah..baru panas dunia!!!!!!!!!!!" barulah dia nak datang..aper la punya budak..dia malu rasanya sebab orang dah tengok dia..haishhhh!!!!


aku tiba di shah alam kul 1230 malam.sempat lagi lepak kat warung felda sungai klah tu tadi tu yang lambat sampai..sedap juga kueh teow goreng kedai tu.punya la lama lepak situ.macam-macam cerita keluar.siap ada yang suruh aku kahwin pun ader.aper kejadahnya lah.

demikianlah kisah ku di hari ini yang agak ringkas....

to all kawan-kawan..terima kasih sebab mengambil berat pasal aku..telinga aku dah ok dah..baru ok dari pekak..tidaknya telinga aku pekak sebelah..doakan u all semua happy selalu.