Monday, December 12, 2011

persoalan hati terjawap

semenjak tiada lagi outstation,rutin petang aku banyak di habiskan dengan beriadah..aku selalu tweet di twitter sebelum ini..kata aku "bila aku jogging dia mesti ada jogging sekali di situ".selama 6 bulan selalu teserempak dengan gadis jogging tu.kadang-kadang kami terlalu dekat.tapi aku lebih kenal siapa diri aku,sangat penakut untuk bertegur sapa.ape yang aku mampu hanya memandang.

sehinggalah pada suatu hari,aku rasa bodoh kalau tak tahu siapa dia.aku cuba-cuba cari di facebook.siapa sangka aku terjumpa dia di facebook dan bernasib baik request frenz diterima.di selidik jadi memang terbuktilah dia dah ade steady bf dan memang bakal nak bertunang suatu hari nanti.tapi dia ok sebab boleh di bawa bersembang.

selepas aku kenal dia di facebook,aku teserempak lagi dengan dia di tasik.tapi masih lagi ditahap tak berani nak bertegur sape..sehinggalah pada suatu hari tu teserempak sekali lagi dengan dia.dia menyapa aku "lama tak nampak?".hehe...baru 2 hari aku tak datang sebab hujan.dan itulah pertama kalinya aku sembang dengan dia.persoalan kenapa aku selalu  memandang dia  jujurnya memang ada sedikit rasa minat.aku suka gadis yang suka sukan.tapi bila dah tahu segalanya boleh la jadi sebagai kawan.persoalan hati terjawap.