Saturday, July 25, 2009

Bapak Aku Tak Nak Walikan Aku,

Infasha @ Fasha @ Kuntum Selalu Hah... memacam tul lah panggilan bebudak ni kat mamak yang slalu ktaorg lepak nih. Yang tak boleh langsung "Kuntum Selalu". Tah apa yang kuntum selalu tah gua pun tak tahu. Ish Bob.. bob...
Semalam ada lah 2 kali pi lepak kat mamak tuh. First gua lepak gan Apai, Bob n Adi. Akibat kebosanan dan mental akibat duduk rumah melayan drama korea. Boleh naik mental samapai tidur tak ckp dah seminggu nih. Sehari ada lah 2 ke 3 jam skali tidur. Naik mereng kepala nih.
Dah pekena 2 ke 3 cawan air Gua blah n si Ady ni plak boleh sensorang g Club. Dia ajak tapi di sebabkan ekonomi yg tgh merundum dan kepala pun mental tak sanggup gua nak lepak kat Club.

Balik sambung lagi Korea mari. Abis satu rumah dah kena virus KOREA. Orang lain sibuk ngan virus H1N1 kitaorang lak kena virus Korea. Sampai tertidur-tidur gua melayan. Ada lak call masuk. Rupanya si Ady nih call ajak melepak skali lagi kat mamak Infasha @ Fasha @ Kuntum Selalu. Kali ni line up dah tukar. Apai dah kena substitute gan Apis aka Embun. Tah macam mana masa nak ending melepak kat mamak tu terbuka lak citer sal kahwin.

Nama orang ni terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu. Citer pasal kahwin nih tanya lah kat sorang member antara gua, Ady, Bob n Apis. Terkeluar lah soalan kau biler nak kahwin? Soalan ditujukan kepada salah sorang dari kitaorg nih. Tah cam mana budak nih boleh jawab, "CAM MANE AKU NAK KAHWIN, BAPAK AKU TAK NAK WALIKAN AKU" 3 saat gua ngan bebudak terdiam kejap. Maka gelakkan setan mula kedengaran kecoh sampai hentak meja. Riuh kejap kedai tu. Lalu dengan innocent nyer mamat tu tanya. "Asal kau gelak" Peh teruk dah sorang member gua nih. Tak sangka lak dia nih dah tukar jantina. Nak kahwin kena bapak walikan. Harap je dulu Agama dapat A. Laki mana ada nak kena bapa jadi wali tuk nikah. Pompuan tu kenalah. Sampailah kat rumah tak habis gelakkan mamat nih.... Bila gua nukil kat blog ni pun gua rasa nak tergelak teringat kan muka dia ngan tak bersalah mengatakan "
BAPAK AKU TAK NAK WALIKAN AKU"

P/s: Aku rasa dah teruk member aku nih. Kena hantar berubat mandi bunga skali.

Tuesday, July 14, 2009

17 December 2004



Sahabat,

Aku sedih,
Aku kepiluan,
Aku sebak,
Aku ...

Tatkala aku keseorangan,
Kau datang menemani ku.
Tatkala aku kemarahan,
Kau datang menyabarkan ku.
Tatkala aku kesedihan,
Kau datang mengembirakan ku.
Tatkala aku kerisauan,
Kau datang meyakinkan ku.
Tatkala aku kebuntuan,
Kau datang menasihatiku.

Tapi kini ...

Aku kesedihan
Aku kebuntuan
Aku keriasauan
Aku Kepiluan

Bila dirimu sudah tiada,
Hanya tinggal kenangan di dalam jiwa ini,
Gelak tawa, tangisan hiba,
Nasihatmu, kecerianmu, kedukaanmu masih di dalam ingatan,
Kesepian, sebak dan sedih melanda hati aku,
Siapa yang sangka kau pergi buat selamanya,

Maafkan aku tak menemanimu dulu,
Maafkan aku memarahimu dulu,
Maafkan aku menipumu dulu,
Maafkan aku tidak menunaikan janji dulu,
Maafkan aku sahabat....

Walau ku kesal,
Walau ku sedih,
Walau ku sebak,
Kau tetap pergi buat selamanya.

Hanya tinggal kenangan sahaja yang menemani aku sahabat.
Hanya tinggal nasihatmu sahaja yang menemani aku sahabat.
Hanya tinggal menunggu panggilan dari yang satu.

Ku doakanmu sahabat semoga kau dirahmatinya dan moga kamu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Hanya doa mampu ku berikan kepadamu setiap hari.