Friday, January 20, 2012

kenapa aku mesti kena jelez?

kebiasaannya,gadis yang selalu menjadi pandangan aku di tempat jogging akan selalu ada pada setiap hari.tetapi sejak dua menjak ini,gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.berkemungkinan kesibukan bekerja membuat gadis itu tidak sempat berkunjung ke situ pada setiap petang.

sehinggalah pada petang semalam gadis itu muncul seorang diri,ketika itu aku baru sahaja menghabiskan 1 pusingan,aku hanya memandang dalam diam-diam.hendak pergi bertanya tu memang jauhlah dari pemikiran aku kerana aku mempunyai sifat segan yang agak menebal dalam diri.aku meneruskan aktiviti.

sehinggalah ketika aku mahu menghabiskan pusingan ke-2.aku ternampak gadis itu bersama teman lelakinya.tiba-tiba sahaja aku terus alami perubahan.kenapa tetiba hati aku rasa jelez?..kenapa mesti ini berlaku..aku yang pada mulanya ingin berhenti di pusingan ke-2 mengambil keputusan menambah 1 lagi pusingan.dengan perasaan hati yang terlalu geram bersama alunan music di telinga yang menekan lagi jiwa aku, jogging aku menjadi agak laju sehinggalah ketika aku menghabiskan pusingan ke 3.gadis itu sudah  tiada lagi.

*moral dari kisah ini..jika perasaan geram tiba-tiba muncul dalam diri, hilangkanlah geram itu dengan benda yang lebih berfaedah.jangan buat benda yang merapu-rapu.

Tuesday, January 17, 2012

lagi dan lagi dan lagi

sememangnya jogging merupakan rutin harian aku kebiasaannya.buat kali yang keberapa kalinya,aku membeli lagi earphone untuk jogging.asyik-asyik nak rosak.itu tercabut ini tak dengar.berkemungkinan disebabkan kena peluh yang terlalu banyak.music merupakan salah satu bantuan buat aku untuk jogging.otak menjadi leka penat pun kurang terfikir.ada juga beberapa kali aku cuba untuk jogging tidak menggunakan music.namun begitu,sememangnya tak boleh pergi jauh langsung.rasanya ramai juga orang yang berfikiran sama seperti aku.untuk kali ini aku beli earphone sonic gear.jadi tengok sahajalah berapa lama ia boleh tahan.