Wednesday, April 7, 2010

akademi fantasia..apekah?

cuba kita bawak sedikit iman kita bila kita layan akademi fantasia..aperkah yang korang rasa dan aper yang korang pikir?

(pic dari google)

akademi fantasia

-ramai orang yang berminat berebut pergi uji bakat sebab nak terpilih untuk akademi fantasia..dan yang terpilih hanya orang tertentu sahaja..apabila mereka terpilih mereka akan diletakkan di satu akademi untuk di asah bakat mereka.kemudian yang berhak singkirkan mereka adalah di tangan pengundi..apabila mereka di singkirkan..beg di berikan..dan diusung keluar..menangis air mata kerana perpisahan.kemudian mereka yang terkeluar itu akan menempuhi alam yang baru..sudah tidak lagi berada di akademi.segala pembelajaran mereka yang di ajar di akademi tu lah sebagai panduan dan pengalaman untuk mereka menjadi artis..ada yang berjaya dan ada yang diam begitu saja..

cuba kita bawak sedikit iman kita..adakah sama sepeti lumrah hidup kita?


(pic dari google)

-berjuta-juta sperma berebut-rebut masuk..yang berjaya hanyalah kita.kita adalah orang yang terpilih yang ditentukan oleh allah untuk lahir ke dunia ini..kemudian dunia yang fana inilah akademi kita.tempat kita mengasah ilmu..mencari pahala..menempuhi segala dugaan.kuasa penyingkiran terletak ditangan allah..apabila allah tentukan kita adalah orangnya.kita akan tinggalkan akademi dunia ini.beg diusung di ibaratkan orang mengusung keranda kita untuk pengkebumian..menangis sanak saudara kita..mengenangkan perpisahan ini..beradalah kita di alam kubur.alam yang berbeza..merupakan alam sementara kita sebelum tibanya hari kiamat..segala amal yang dilakukan di dunialah yang aku katakan akademi itulah sebagai batu pengukur kita sejauh mana ketenangan kita berada di alam yang baru itu iaitu alam kubur,buruk kita dapat juga.jika baik kita dapat juga..subhanallah.itulah yang aku selalu pikirkan apabila aku tengok akademi fantasia

31 comments:

Hazzy Ishak said...

nice entry
betul2 menginsafkan

haz dah tak tgk AF
heee

Vee Violet ~vLockheart~ said...

nice entry embun...
:)

dearist anys said...

sy tgk gk af.
hehe. tp ta taksub pon.
XD

::FAIZ FARISH:: said...

I do love This Entry....Embun...

Mr feckry said...

mati jasad, tapi ruh masih hidup.

faiz said...

two thumbs up for this entry!

ayaa alyy said...

af buhsan dah

♥CIK SHA♥ said...

bagus entri apiz ni..memang buat berfikir dan muhasabah diri..

kita memang manusia yang terpilih..sebab tu kita kena bijak atur hidup supaya amal kita cukup untuk bawa ke dunia yang abadi satu hari nanti..sekarang ni kita hanya menumpang saja di bumi yang tak kekal ni..

sha tak pernah tengok AF..dan tak minat pon sbb ngarut je..

hans said...

wah,macam xpercaya ini si embun malam
hehehehe
bagus2
thumbs up

sI tEDI said...

ada yg mati2 mempertahankannya dgn alasan.. dosa masing2.. kubur asing2..

Wanita Mutalib said...

two thumbs up!!



sangat setuju dengan entri nih..




tahniah dik :)

amirah said...

tak tengok af, tiada faedah, membuang masa, merosakkan minda, menambahkan dosa yg telah sedia ada.

btw, entri yang baik untuk dibaca :)

ema.razali said...

huuu menginsafkan diri :)
btw , af dah tak best ~

sophie said...

tak MINAT langsung mende nie..siap join group i hate aF kat Fb..hehehe

aku zaty said...

nice entry..=)
memang menginsafkan..

enyheartsdiamond said...

entri ni paling matang!
u r developing! :)
tahniah!

pandai uh u relatekan menda ni :)

maisyara Pot! Pot! said...

mai tk tgk pun af. mengerut n so BORING!!!!!

y@n@ M!B said...

bagusnya imaginasi u..kalau lah sume org yg tgk AF leh pk mcm ni instead of abeskan duet undi2 etc etc..huhu

I dah xlayan AF skrg..samada sy dah jd baik or AF maken xbest! ^_^

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Xteng0k AF sbb Xda tv kat sini lalalalal :-)


nice n3 yaaaa :P

::cdot the dot:: said...

hmmm....sebak plak entry afiz ni...tp sis mmg tak brp lyn la af ni...suma plastik kot..

ElyaElmo said...

tak payah laaa tgk AF!!buang masa buang duit!!! takde pembaharuan...lawak yg sama....sandiwara yang sama je..nnt gimik yang sama!!!nangis nangiss nangisss!!!
yang aku perasan satu je yg berubah, penari makin seksi.....ha3

Nazatul shima said...

touching la embun...
hmm..af tu tah pape..xske..
tpi ape yg embun tulis ni betol..

soffya cik bulan said...

ku insaf..bnr2 insaf...

nasib baik mmg ku punya hobi menyanyi, tp ku tahu jdi artis itu bruk.dn ku tk suka tgk org pergi ujibakat macam tu...T_T

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak pernah aku lihat walaupun sekali

embun d tengah malam said...
This comment has been removed by the author.
annfrendly said...

errmm...
dah lame tak tengok TV..
btw.. ramai org melayu yg masuk AF kan.. sume nak glamer.. last2 jadi agen kopi..tak pun balik kampung sebab takleh cari makan dalam bidang nyanyian..hurmmm

am_the_king said...

:)

.::WaNiE::. said...

af??

xkuasa lah :P tak suka pulak tengok af ni mmg xtengok pun dari musim 1, masa ada dafi tu jek tengok KADANG2 sebab dia cute hahaha.

eh tapi apa yg embun tulis ni betul.

thanks kerana mengingatkan.

helena's said...

entry paling bagus dr kamu embun!

buatkan saya terfikir.

dan terima kasih for remind me as well. :)

sugar2 kapas strawberry said...

berjuta-juta sperma berebut-rebut masuk..yang berjaya hanyalah kita.kita adalah orang yang terpilih yang ditentukan oleh allah untuk lahir ke dunia ini.

sguh sy suke ayt kt ats tu..hihi
besarny kuasa Allah kn..hihi ;)
syukur..

E.y.n.a said...

artikel yg bgus :D