Thursday, November 22, 2012

ini masanya


maka bermulalah semalam kursus smart tajwid al-quran intensif di masjid negeri shah alam.sepatutnya hari isnin tapi disebabkan ustaz demam ditunda hari rabu.kata ustaz,akan mengambil masa selama 2 bulan setiap isnin dan rabu selepas isyak.tak sangka lah pulak katanya akan mendapat sijil.dan sijil ini boleh diguna sebagai sokongan jika ada sesiapa yang berminat nak mohon tauliah mengajar mengaji di selangor.

tapi tujuan ku sertai ini bukanlah sampai nak jadi guru ajar mengaji.jauh sangat ke situ.hanya untuk mempelajari semula ilmu tajwid sebab dah lupa sangat dah.dulu masa kecik kecik di sekolah agama petang ada belajar boleh tahan detail,apatah lagi ku pernah menjadi wakil tilawah al-quran masa zaman sekolah rendah dulu,bab tajwid memang dulu ku beri penekanan.tapi tulah bila dah semakin besar buat benda benda mengarut,maka hati jadi gelap lupalah segalanya.oleh yang demikian,Alhamdulillah ku memang suka mengaji,tapi bab keyakinan kat tajwid tu kurang lagi.maka haruslah mengambil jalan untuk mempelajari semula dan inilah peluang terbaik nak sertai.pesan ustaz

"jadikanlah al-quran sebagai rakan,baca dengan kasih sayang"


Seperti kita tahu,Al-quran merupakan mukjizat yang sangat agung dari Allah,malaikat jibrail menjadi orang perantaraan menyampaikan pada nabi kita yang teramat mulia Nabi Muhammad S,A,W.maka,harus baca bagi cantik cantik dan kemas tajwidnya tanda kita mengabdikan diri pada Allah.Rajin baca al-quran nanti al-quran akan menjadi pembela seseorang di hari akhirat kelak.Wallahualam...akhir kata

"Ala bizikrillahi tatmainnal qulub"

"Ingatlah, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."(ar rad 28)

No comments: