Sunday, July 17, 2011

semoga mereka cepat jemu

malam semalam aku lepak dengan kengkawan...fariz dan isterinya shaggy juga amin..kami elak untuk bercakap tentang politik..cerita tentang politik sampai ke bila pun tak abis..dan tiada pengakhirannya buat masa ini.ditambah pulak dengan perbezaan fahaman ni..haha

bila dah abis lepak itupun sebab kedai nak tutup.aku pun ke ara damansara hantar si amin..dalam perjalanan pulang tu tetiba terdengar bunyi nyaring memotong aku..rupanya mat rempit tengah berlumba motor..gilalah siap superman laju betul..aku takut sebenarnya jadi aper aper kat dorang..sebab tak sanggup nak tengok.

kenangan di tingkatan 3 tak salah aku

di kenang kisah dulu dikala muda..aku juga seorang mat rempit.tinggal lagi aku bukanlah seorang rider yang power macam sesetengah orang..tak abis abis berpusingan town membuat gila sambil menyaksikan perlumbaan motor.eksoz motor bernyanyi nyaring di samping aksi aksi gila yg menakjubkan dikalangan mat rempit yang lain menggamatkan suasana..

tapi alhamdulillah aku cepat jemu dengan dunia ini..cuma aku terpikir mesti ramai gila orang menyumpah dan menyampah dengan mat rempit.seolah olah mintak doa supaya golongan ini terkena bala..bagi aku..jiwa muda jiwa panas ni memang susah dikekang..lagi di tekan lagi menjadi..ada orang kata mat rempit takder otak..aku kurang bersetuju..mat rempit bukan semua background teruk..banyak juga yang belajar pandai..aku tidak menyumpah dan mendoakan buruk pada golongan ni.cuma aku doakan mereka cepat jemu dan lebih cepat sedar akibatnya.."sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna"

3 comments:

fathiahRAIHANA said...

sakit hati la jugak kadang2 tengok mat2 rempit . tp tu la , harap2 golongan yg mcm nie cepat2 la sedar sblum apa2 jadi .. nt dri sndri jgak nk merana pn ..

::FAIZ FARISH:: said...

merempit membahayakan nyawa....

Mr feckry said...

lame tak lepak dengan korang..kem salam ngan bebudak