Thursday, November 10, 2011

raya qurban di kampung

(kampungku)

salam aidiladha buat semua umat islam diseluruh dunia.raya qurban kali ini aku pulang ke kampung di perak dari shah alam.yang bestnya sebab nenek aku buat qurban.dan yang kurang best sebab family aku di melaka tak dapat balik kampung sebab ada masalah yang tidak dapat di elakkan.sudah tentu kalau raya benda paling aku mengidam sekali ketupat pulut  buatan nenek aku.

(ketupat pulut)

awal pagi raya hujan rintik-rintik.hujan rahmat sebagai tanda hari yang mulia buat umat islam.aku berbaju melayu berkain pelikat,pergi masjid awal kali ni memandangkan solat hari raya awal dan nenek aku pulak asyik bising aku suka pergi lambat.orang di masjid kurang ramai jika nak dibanding dengan hari raya aidilfitri.

(masjid di kampung)

selesai solat hari raya qurban balik rumah tukar seluar terus ke tempat penyembelihan lembu yang hendak di qurban kan



alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan daging qurban selesai diagihkan kepada orang kampung.pada malamnya nenek aku buat kenduri tahlil yang tak dirancang.plan dalam waktu tengahari macam tu.


alhamdulillah semuanya bejalan dengan lancar jugak.walaupun bulu tangan aku terbakar masa nak masak nasi sebab api menyambar haha.kenduri di kampung amat mudah,tak payah plan lama-lama.plan aritu aritu jugak setel.ramai orang datang membantu.petuanya jangan menyombong.


4 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

meriah.....

amboii sampai nak ternakar bulu tgn tu..ehheh

aRa ❤ aFiq™ said...

singgah cni :)

sya hassan said...

ame xjnguk sni.. woah ketupat! mengidam seyh!

sanibijak....... said...

hahaha..bulu tangan terbakar!!!