Monday, July 25, 2011

kenangan mahkota parade

terlintas ketika lalu


orang yang dah duk lama melaka kalau tak kenal mahkota parade memang barai la kan.skang dah diubah suai..tu yang lawa semacam tu..bagi aku ini tempat legend.sejak skolah menengah aku datang tinggal di melaka.aku paham mahkota parade ini port lepak terbaik untuk geng geng mat motor dan bebudak underground..macam macam fesyen diperagakan oleh budak budak yang datang.zaman sekolah dulu.biasanya aku pegi mahkota aku bawak 10 ringgit je,tupun kumpul duit belanja sekolah.naik bas beb..bila dah form 5 baru lah nak merasa nek moto takpun menumpang naik kereta orang.

mahkota lama

teringat aku,fariz,arwah khalid dan napek kenangan di mahkota parade.deal satu tempat dalam 30 minit berpecah kena bawak seorang girl.game ni bagi aku memang gila.apatah lagi orang yang macam aku ni..takder tokoh nak ayat girl.kesudahan 30 minit yang berjaya hanyalah fariz dan arwah khalid sahaja.

tak lupa juga kenangan fariz nak kena pukul dengan budak underground sebab sembang dengan awek dorang.sembang je pun.padahal awek dorang tu kawan aku.puas mintak bertenang.tapi biasalah bebudak zaman muda hati panas asyik nak bertumbuk je jalan terakhir.jadi aper yang menarik akhirnya budak tu yang kena pukul balik dengan budak dia sendiri sebab terlalu mengada..

aku takkan lupa kenangan ini

Sunday, July 17, 2011

semoga mereka cepat jemu

malam semalam aku lepak dengan kengkawan...fariz dan isterinya shaggy juga amin..kami elak untuk bercakap tentang politik..cerita tentang politik sampai ke bila pun tak abis..dan tiada pengakhirannya buat masa ini.ditambah pulak dengan perbezaan fahaman ni..haha

bila dah abis lepak itupun sebab kedai nak tutup.aku pun ke ara damansara hantar si amin..dalam perjalanan pulang tu tetiba terdengar bunyi nyaring memotong aku..rupanya mat rempit tengah berlumba motor..gilalah siap superman laju betul..aku takut sebenarnya jadi aper aper kat dorang..sebab tak sanggup nak tengok.

kenangan di tingkatan 3 tak salah aku

di kenang kisah dulu dikala muda..aku juga seorang mat rempit.tinggal lagi aku bukanlah seorang rider yang power macam sesetengah orang..tak abis abis berpusingan town membuat gila sambil menyaksikan perlumbaan motor.eksoz motor bernyanyi nyaring di samping aksi aksi gila yg menakjubkan dikalangan mat rempit yang lain menggamatkan suasana..

tapi alhamdulillah aku cepat jemu dengan dunia ini..cuma aku terpikir mesti ramai gila orang menyumpah dan menyampah dengan mat rempit.seolah olah mintak doa supaya golongan ini terkena bala..bagi aku..jiwa muda jiwa panas ni memang susah dikekang..lagi di tekan lagi menjadi..ada orang kata mat rempit takder otak..aku kurang bersetuju..mat rempit bukan semua background teruk..banyak juga yang belajar pandai..aku tidak menyumpah dan mendoakan buruk pada golongan ni.cuma aku doakan mereka cepat jemu dan lebih cepat sedar akibatnya.."sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna"

Wednesday, June 22, 2011

berhenti merokok?rokok dah mahal

 
hebat betul !!!!!!!

aku orang yang hisap rokok ikut musim..berapa kali dah aku berhenti dan lepas tu hisap balik..dan akhir selepas raya tahun lepas (2010) aku berhenti sehingga sekarang.jadi..apekah kesannya? bila berhenti rokok badan akan bertambah naik sikit...sebabnya?selera makan akan bertambah bila berhenti merokok..merokok tu boleh membuat selera makan kita potong.disebabkan itulah aku kekadang bersukan dan kawal pemakanan untuk kawal berat badan aku.

rokok sekarang ni pun makin mahal.harga rokok skang lagi mahal dari makan aku sehari..kenapa tidak aku berhenti dan berjimat dengan benda yang tak berfaedah kan...kebiasaannya hidup aku untuk makan hanya habis rm 8 ke rm 10 je sehari..kecuali hari sabtu dan ahad sebab itu adalah hari harus makan best best sikit.

sebenarnya tidak mustahil pun aku akan merokok balik lepas ni..cuma harap harap boleh lah berhenti terus sampai mati.

Monday, June 6, 2011

setahun sudah

lambat post lagi sebab bukak blog asyik tak boleh..taktau la pasai apa...

1/6/2011 genap sudah setahun aku bekerja di company ini..banyak jugak lah dapat ilmu...terutamanya dari segi kematangan diri dan disiplin..walaupun rambut aku tak disiplin sangat..bos!!!terima kasih sebab amik aku bekerja..bos janji nak bagi bonus raya ni kan..yer ker bos ??? ye ker bos ????..bagi bos jangan tak bagi..ringan la sikit beban time raya tu...roadtax kereta pun dah nak mati ni..dekat dekat nak raya plak tu..


setahun tu kiranya setahun jagung lagi..banyak lagi yang kena belajar lagi..skang ni banyak tempat keje nak pengalaman..setakat setahun tu aku rasa company lain tak heran pun...cari kerja baru tetap juga cari..tapi aper aper pun kalau dapat tawaran baik kenapa mesti nak tolak..

akhir kata buat diri aku...semoga lebih semangat untuk majukan diri..