Thursday, November 3, 2011

cinta monyet

jika dikenang cinta monyet di zaman sekolah.pasti ia cukup manis buat yang pernah merasainya.ada yang kekal sehingga sekarang.ada yang hanya sekadar mainan.aku berasa terpanggil hari ini bagi mengenang kisah ini di form 2,form 3.untuk aku,aku tak merasa cinta monyet di zaman sekolah.apetah lagi dengan perangai aku ketika itu yang tak pedulikan perempuan atas dasar aku seorang yang pemalu.ader jugak beberapa gadis yang minat dengan aku,aku tak layan atas sebab aku jenis takder perasaan nak layan dan besifat pemalu berisi.

si A,seorang gadis  pandai berada di kelas pertama,seorang pengawas berwatak garang sentiasa bermain di hati aku dan pandangan aku.kian hari aku rasa nak dekat dengan dia.tapi aperkan daya aku hanya sekadar boleh mengagumi dari jauh.perangai aku,aku cepat down pasal bab ni dan selalu lebih berfikir negatif tentang ini.terlalu over merendah diri.aku akan rasa down dengan diri bila kena reject.

pada masa itu adelah zaman biadota.memandangkan tiada frenster,myspace dan facebook.jika nak berkenalan dengan seseorang mesti kita akan mintak biadota.berani ke aku mintak?sememangnya aku tak berani pun nak wat semua tu.akhirnya aku dapat biadota dia bantuan dari seorang sahabat.pada masa itu juga tiada hanset,jika nak berhubung semuanya kena guna telefon rumah.

sememangnya kerap bertelefon..semakin lama semakin suka kat dia ni..bayangkan lah,selama berhubung dengan dia dan beterus terang aku suka dia segalanya semua menggunakan suara kawan aku yang menyamar jadi aku.aku hanya duduk ditepi telefon mendengar aper diaorang sembang.kelemahan aku,aku orang yang gugup dengan benda macam ni,aku tidak pandai berbual dengan gadis yang aku suka,dan aku jadi takder ayat,apetah lagi kepala aku akan bermain benda negatif.


betapa bersungguhnya aku nak dia.time balik sekolah lepak kat depan untuk tengok dia balik,itu jelah yang mampu.aku pulak penakut nak tegur.aku dapat rasakan yang dia mesti pelik dalam telefon bukan main lagi.2 tahun lebih aku meroyan nak dia.serius,aku pernah wat solat hajat dan baca yasin untuk bagi dia suka aku.

tp,semakin hari aku jadi semakin renggang dengan dia.aku pulak dapat khabar angin yang ada lagi orang suka dia.mungkin jugak dia tak suka aku atas sebab aku ni penakut.hari kian berlalu tahun demi tahun,dia hanya tinggal nama dalam kepala aku,seorang gadis yang pernah aku bersungguh suka dia,selepas pertengahan form 4 masing-masing sudah wat hal sendiri.akhirnya pada awal tahun ini bertemu balik di facebook.berapa tahun dah tak berhubung rupanya bakal nak jadi doktor.banyak benda yang disembangkan.ayat dia "dulu u bukan main lagi suka kat i kan". gayanya macam single lagi.aku cuma potong ayat dia dengan kata-kata "kisah dulu jangan di kenang".

akhir kata,kawan-kawan aku sangat baik hati nak menolong aku walaupun dalam soal macam ni.dan aku percaya kepada tuhan.jika kita nak sumone kita kena mintak kat dia.sebabnya dia yang bagi cinta pada kita."cinta itu anugerah tuhan,perosaknya manusia sendiri".insyaallah nampak jalan. jangan jadi macam aku yang sangat penakut dan malas nak usaha.sekarang aku bukan lagi macam ni,tapi ader lagi sikit sikit kat diri.

3 comments:

::FAIZ:: said...

haha , pasal biodata tu aku penah alami. tukar2 biodata. lol.. klakar bila igt

Mr feckry said...

bengong! tak salah le si afidah kate camtu..

mane tau mimpi ko nak kat afidah mase form 2 dulu jadi kenyataan..

boleh ko berjiran dengan VJ!

kolop, terbaik tu...rase aku die soleh lagi tu..

ape tunggu lagi..nanti bile melepas jangan kate tuhan kejam tak bagi ko peluang

Shahada Fauzi said...

ohooo..pemalu rupenye..ok la tu..takpe..nnt bile tibe saat dah jumpe 'bakal ratu hati' sifat pemalu tu mesti otomatik hilang..^_^