Friday, January 20, 2012

kenapa aku mesti kena jelez?

kebiasaannya,gadis yang selalu menjadi pandangan aku di tempat jogging akan selalu ada pada setiap hari.tetapi sejak dua menjak ini,gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.berkemungkinan kesibukan bekerja membuat gadis itu tidak sempat berkunjung ke situ pada setiap petang.

sehinggalah pada petang semalam gadis itu muncul seorang diri,ketika itu aku baru sahaja menghabiskan 1 pusingan,aku hanya memandang dalam diam-diam.hendak pergi bertanya tu memang jauhlah dari pemikiran aku kerana aku mempunyai sifat segan yang agak menebal dalam diri.aku meneruskan aktiviti.

sehinggalah ketika aku mahu menghabiskan pusingan ke-2.aku ternampak gadis itu bersama teman lelakinya.tiba-tiba sahaja aku terus alami perubahan.kenapa tetiba hati aku rasa jelez?..kenapa mesti ini berlaku..aku yang pada mulanya ingin berhenti di pusingan ke-2 mengambil keputusan menambah 1 lagi pusingan.dengan perasaan hati yang terlalu geram bersama alunan music di telinga yang menekan lagi jiwa aku, jogging aku menjadi agak laju sehinggalah ketika aku menghabiskan pusingan ke 3.gadis itu sudah  tiada lagi.

*moral dari kisah ini..jika perasaan geram tiba-tiba muncul dalam diri, hilangkanlah geram itu dengan benda yang lebih berfaedah.jangan buat benda yang merapu-rapu.

6 comments:

vblogklasik said...

Haha.. rilek bro. bunga bkn sekuntum.

shazreen imani laila said...

olla..... =)

suzie rahman said...

hihi.ok lh tu..sihat r.frust byk kli pon xpe kn kn..wink3.chilll bro.

Shahada Fauzi said...

uik? jeles eh? ehehe..takpe..boleh usha awek lain pulak pasni..;p

Hafiz Yusof said...

fikri..agree

shahida..hello

suzie...hahaha...xnk jelez dah

sha...yeah...betul

Ika Razak said...

:D maybe awak suke dia .. :D tapi x pe .. ramai lagi perempuan kat luar ni..