Tuesday, November 27, 2012

aktiviti 10 muharram


sabtu tempoh hari ku meluangkan masa ke kenduri kahwin kakak kawanku di kuang,sungai buloh.merupakan seorang kawan serumah,sekelas ketika di kolej dulu yang sangat banyak membantu ku.oleh kerana ketika itu 10 muharram ku puasa,maka memang niat ku datang hendak meraikan pengantin sahaja,juga kawan ku yang baju hijau tu pun dah tak lama nak training bomba 6 bulan.

kali terakhir ku datang ke rumahnya ketika kenduri adik perempuannya 5 tahun lalu.tahun 2007.apa yang menyedihkan ketika itu selepas habis kenduri,khemah pun belum buka lagi,hari esoknya mak dia meninggal, takda tanda-tanda sebab nampak sihat.apatah lagi ketika itu final exam.berat dugaannya.Allah lebih mengetahui.

lepak dengan mereka ni,yang bestnya akan bercerita hal hal semasa luar dan dalam negara.untung sembang dengan orang rajin membaca  dan mengikuti hal semasa ni.dapat ilmu tambahan.doaku buat kawan-kawan semua semoga anda gembira selalu.

Thursday, November 22, 2012

ini masanya


maka bermulalah semalam kursus smart tajwid al-quran intensif di masjid negeri shah alam.sepatutnya hari isnin tapi disebabkan ustaz demam ditunda hari rabu.kata ustaz,akan mengambil masa selama 2 bulan setiap isnin dan rabu selepas isyak.tak sangka lah pulak katanya akan mendapat sijil.dan sijil ini boleh diguna sebagai sokongan jika ada sesiapa yang berminat nak mohon tauliah mengajar mengaji di selangor.

tapi tujuan ku sertai ini bukanlah sampai nak jadi guru ajar mengaji.jauh sangat ke situ.hanya untuk mempelajari semula ilmu tajwid sebab dah lupa sangat dah.dulu masa kecik kecik di sekolah agama petang ada belajar boleh tahan detail,apatah lagi ku pernah menjadi wakil tilawah al-quran masa zaman sekolah rendah dulu,bab tajwid memang dulu ku beri penekanan.tapi tulah bila dah semakin besar buat benda benda mengarut,maka hati jadi gelap lupalah segalanya.oleh yang demikian,Alhamdulillah ku memang suka mengaji,tapi bab keyakinan kat tajwid tu kurang lagi.maka haruslah mengambil jalan untuk mempelajari semula dan inilah peluang terbaik nak sertai.pesan ustaz

"jadikanlah al-quran sebagai rakan,baca dengan kasih sayang"


Seperti kita tahu,Al-quran merupakan mukjizat yang sangat agung dari Allah,malaikat jibrail menjadi orang perantaraan menyampaikan pada nabi kita yang teramat mulia Nabi Muhammad S,A,W.maka,harus baca bagi cantik cantik dan kemas tajwidnya tanda kita mengabdikan diri pada Allah.Rajin baca al-quran nanti al-quran akan menjadi pembela seseorang di hari akhirat kelak.Wallahualam...akhir kata

"Ala bizikrillahi tatmainnal qulub"

"Ingatlah, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."(ar rad 28)

Saturday, November 17, 2012

"perubahan"shah alam

kini sudah pun masuk ke tahun baru hijrah 1434.Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada ku untuk hidup lagi di muka bumi ini.bila masuk je tahun baru orang akan memasang azam.kali ni ku cuma berazam nak jadi yang lebih baik dari sekarang.hijrah itu merupakan perubahan.perubahan dari kurang baik ke lebih baik.ada juga orang berhijrah dari baik ke jahat.hijrah jugak ni tapi hijrah masuk air namanya.ini aku kata kat diri sendiri,tidak ada kena mengena dengan siapa siapa.sebab ini terjadi padaku 5 tahun lalu.



ku anggap perubahan yang terbaik dalam hidup ku ketika ku berpindah ke shah alam.shah alam itu bagi ku "perubahan".memulakan hidup disini,ini lah titik tolak permulaan yang menuju ke baik dan baik dan nak baik lagi InsyaAllah.adakalanya hendak tergelincir tapi mudah bangun balik.pejam celik pejam celik hampir 2 tahun lebih dah aku berada disini.

kenangan yang lalu tetap kenangan,memang tidak boleh nak dilupa.kata ibnu mussal "jangan suruh orang tu lupakan kenangan,tapi nasihatnya jangan tenggelam dengan kenangan itu"..aku nasihat diri aku sendiri supaya jangan di ingat ingat lagi kenangan yang lalu dan tetapkan hati menuju ke tujuan utama.aku datang dari keturunan baik baik.didikan agama yang dapat baik baik belaka.mendapat orang yang bertanggungjawab dalam mendidik aku.makanya yang buruk tu sememanglah aku yang cari sendiri bukanlah sebab tak di didik.

tasik 2 shah alam alam *ambil ketika berjogging

shah alam ku sayang sangat shah alam,tempat yang buat aku suka duduk rumah,tempat yang aku suka buat benda berfaedah,pergi tempat yang berfaedah.beruntung duduk dengan kawan rumah yang baik baik.yang sporting.yang cerdik dalam percakapan yang tidak lupa Allah.andai suatu hari nanti ku mengangkat kaki tinggalkan shah alam.Allahuakbar pasti rasa berat sangat nak pergi dari sini,dengan persekitarannya yang best,tempat yang banyak majlis ilmunya,tempat yang masjidnya sangat makmur.sampai banyak kali terdetik dalam hati.kan best jika dapat jodoh orang shah alam.hahahha

*Ya Allah tetapkanlah hatiku untukmu sampai akhir hayat ku

Monday, November 12, 2012

Saper taknak kahwin


selesai dah kursus kahwin ku bermula dari 10 nov 2012-11 nov 2012.ku ambil di JAIS.memang terbaik penceramahnya,kompom tak ngantuk kecuali kalau memang kita perangai suka tidur,maka dapatlah sijil dan dapat ilmu.itu yang penting tu.bila sertai kursus ni berkobar rasa hendak kahwin.haha

oleh kerana kursus tajuknya kawin.semua ingat aku dah nak kahwin.tapi memang kebanyakan datang berpasangan dan memang dah hendak berkahwin.aku lain sikit,aku datang seorang diri dan memang nak kahwin cuma tiada pasangan.tapi kat dalam tu wat wat macam ade pasangan konon macam hendak kahwin jugaklah kononnya.haha

cerita bab kahwin ni,saperlah taknak kahwin kan..serius aku memang hendak kahwin.tapi belum ada rezeki lagi.jodoh belum sampai.tapi Alhamdulillah aku redha dan aku akan teruskan usaha.kerana Allah kerana Allah kerana Allah..amin !!!!

*"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami imam kepada orang yang bertakwa" (Surah Al-Furqon ayat 74)