raya cina semakin hampir,bulan ini makan limau sudah tidak terkira berapa banyaknya.syarikat yang aku bekerja ini, tuan besarnya orang melayu.maka tidak merasalah duit angpau.penampau mungkin boleh.takpelah,yang penting kaum cina raya aku dapat cuti.setelah menjalankan siasatan,sumber yang kuat memberitahu gaji tetap juga masuk pada penghujung bulan ini.aku menyokong kuat atas sebab tidak perlulah gila berbelanja semasa cuti nanti.
bercutikan empat hari gaji jalan,bolehlah aku pulang ke melaka.rindu ya amat,pada kucing pun rindu juga.permulaannya,sedikit keberatan untuk pulang atas sebab keluarga aku pergi bercuti ke genting highland.apalah kefungsiannya andai aku pulang tetapi mereka tiada.namun begitu,nampak gayanya haruslah juga pulang kerana si minah senget ini merangkap kawan baik aku melangsungkan perkahwinan.
moga-moga dapat baby cepat,gaya macam tak sabar sangat dah tu...
keesokan hari bersamaan dengan hari jumaat pada waktu malam selepas raja lawak aku bertolak pulang ke sana...mari ler melaka pekena asam pedas
terbaik ni......(pic dari google)


3 pengkomen:
ko memang peminat raja lawak yang tegar kan? tiap kali nak balik kampung mesti lepas raja lawak. haha.
hihi lapau lh plk
nina...nk tgk jozan je slalu hahaha
suzie...try try..best2
Post a Comment